Kajian Tempatan
Search This Blog
Wednesday, 6 July 2011
Lokasi Malaysia
Mata Angin
Lokasi Malaysia
Tanah Pamah
Tanah Pamah
Tanah Tinggi
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia
Tanah Tinggi
Tanah Tinggi
Sejarah Melaka
Menurut Sejarah Melayu, selepas kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14, keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada Srivijaya.
Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan membunuh gabenor yang dilantik kerajaan Ayuthaya, Temagi. Baginda kemudiannya mengasaskan kerajaan Singapura lama. Baginda terus memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaannya ke atas Palembang, Bintan dan Temasek.[3]
Baginda mangkat pada tahun 1372 dan digantikan oleh anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) dan cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399).[4]
Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta kerajaan Singapura dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Singapura selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa
Kesultanan Melayu Melaka
Paramesawara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara dikatakan berhasrat mendirikan negeri barunya samada di Biawak Busuk atau Kota Buruk. Bagaimanapun, setelah mendapati Muar tidak sesuai baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Di tengah perjalanannya, baginda dikatakan singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) sebelum sampai ke sebuah kampung nelayan di muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka). Di sinilah baginda mendirikan ibu kota baru untuk negerinya dan menamakannya Melaka. Menurut catatan Sejarah Melayu, di sinilah baginda melihat seekor kancil menendang seekor anjing ketika baginda berehat di bawah pohon Melaka. Menganggapnya sebagai tanda "tuah", baginda menamakan negeri itu Melaka.
Negeri Melaka kemudiannya meneruskan warisan Srivijaya sebagai sebuah entiti politik Melayu di kepulauan Melayu.[6][7]
Parameswara yang menjadi raja Melaka ketika itu dikatakan menyedari bahawa usaha untuk memajukan Melaka adalah dengan memperkembangkan Islam kerana pedagang dariGujerat , India dan pedagang Arab dari Timur Tengah ramai berdagang di Nusantara. Oleh itu, menurut cerita itu, Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam pada 1414.
Tanggapan yang umum itu berasal daripada tanggapan salah bahawa Parameswara dan Sultan Megat Iskandar Shah adalah tokoh yang sama. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua nama itu adalah dua tokoh yang berasingan (Wang Gungwu, 1968). Sebenarnya, Parameswara telah mangkat pada tahun 1414. Menurut laporan Ma Huan, Megat Iskandar Shah memeluk Islam ketika berumur 72 tahun kerana mengahwini puteri Raja Pasai dari Sumatera. [1]
Melaka kemudiannya telah menjadi satu pelabuhan perniagaan yang terpenting di Asia Tenggara di mana kapal-kapal perniagaan dari pelbagai bangsa berhimpun.
Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka semakin menguntungkan Melaka. Cheng Ho atau Zheng He seorang yang berugama Islam. Nama Islam Cheng Ho ialah Ma Sam Pao. Ma bermaksud Mohamad. Ketika itu China ditadbir oleh Maharaja Yung Lo.
Kekuatan Kerajaan Melayu Melaka semakin terserlah di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ( 1446- 1459 M) .Tenteranya berjaya menyekat serangan-serangan tentera Siam. Keadaan negara negara menjadi tenang dan kedudukan politiknya pula stabil.